Pemenang kereta TIVOLI di Letop Lebaran 2019!

Alhamdullilah, Letop Lebaran kali ke-4 yang sudah pun selesai pada 1 Jun 2019. Acara yang meriah atu telah berlangsung selama 4 hari. Alhamdulillah jua, ani lah kali pertama saya berpeluang untuk mengikuti acara ani sebagai salah seorang dari team Crewtastic. Sebelum acara besar-besaran atu berlangsung, team Crewtastic sudah banyak buat preparation untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar, In Sha’ Allah.

Sehari sebelum acara berlangsung, team Crewtastic bersama-sama dengan volunteers sudah pun ada di ICC untuk membuat persediaan dan pemeriksaan terakhir. Saya melihat sendiri suasana kesibukkan vendor-vendor yang membuat persediaan di dalam dewan plenary. Walaupun di bulan puasa dan keadaan yang panas, semangat dorang inda luntur!

First day Letop Lebaran, hari yang dinantikan sudah tiba. Excited melihat banner-banner yang ada sepanjang perjalanan ke ICC. Team Crewtastic sudah pun berada di ICC seawal 9 pagi. Suasana kawasan letak kereta masih sunyi di awal pagi atu, “Confirm karang ramai and panuh ni”, saya berkata di dalam hati.

Briefing untuk semua team Crewtastic dan volunteers sudah siap dibentangkan, semua sudah bersedia dan bermulalah acara dengan rasminya pada pukul 10 pagi.

Bismillahirohmannirahim.

Siuk melihat muka gembira pengunjung-pengunjung yang singgah ke Letop Lebaran, ada yang datang dengan family, pasangan dan jua kawan-kawan. Setiap orang balik dengan barang belian di tangan. Pada waktu malam lagi tia ramai orang yang mengunjungi acara ani, apatah lagi selepas sungkai. Keadaan di dalam dewan plenary, kata orang “Sasak macam dalam tin sardin!”. Walaupun acara ditutup pada pukul 10 malam, masih banyak pengunjung yang masih menyampati untuk bershopping, luan banyak kan dibali usulnya.

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.54.03 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.53.27 AM.jpeg

Begitulah keadaan suasana meriah yang menghiasai ICC selama 4 hari, walaupun ngalih tapi kami bersyukur titik peluh kami inda sia-sia.

Pada 1 Jun, hari terakhir Letop Lebaran ada banyak aktiviti cabutan bertuah yang berlangsung. Bagi team Crewtastic, ani lah hari yang paling sibuk. Cabutan bagi pemenang Umrah dan cabutan bagi GRAND DRAW KERETA TIVOLI untuk kempen Akumanang.com diadakan pada malam ani! So excited!

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.56.05 AM.jpeg

Pukul 8.30 malam, masa yang paling dinantikan oleh pembeli-pembeli yang berjaya ter-shortlisted untuk Grand draw yang akan membawa pulang sebuah kereta baru TIVOLI. Akumanang.com adalah sebuah kempen pemasaran bagi membantu usahawan-usahawan tempatan agar berdaya saing dan berdaya tahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Kempen AkuManang.com ini berlangsung sepanjang tahun dan telah bermula semenjak Januari 2017.

Bediri di atas pentas ialah Tuan Syed Md Yassin, pengerusi untuk kempen Akumanang.com bersama dengan vendor-vendor Akumanang.com. Wah, ramainya orang meliat acara cabutan time atu. Sebelum cabutan dibuat, kesemua calon-calon pemenang sudah dihubungi untuk hadir.

Selepas siap vendor-vendor mengenalkan diri, acara cabutan pun bermula!

Acara dimulakan dengan mencabut 30 calon pemenang dari lucky draw box, 2 orang for setiap satu vendor akumanang. Dari 30 orang atu akan dicabut lagi 3 calon pemenang untuk memenangi kereta Ssangyong Tivoli. Calon-calon pemenang yang tidak berjaya juga inda akan pulang dengan tangan kosong, dorang akan menerima hadiah saguhati.

Antara 3 calon pemenang atu, hanya seorang yang akan memenangi kereta tersebut. Tuan Syed Md Yassin sudah mencabut untuk pemenang kedua dan ketiga. And finally…

Dup, dap, dup, dap.

“Dan pemenangnya ialah…Nurul Atiqah binti Mohammad!”, dewan plenary hall dipenuhi dengan tepukan dan sorakan dari ribuan pengunjung Letop Lebaran. Wah, Alhamdulillah, siuk eh! Muka gembira dan inda percaya terpancar dimuka pemenang.

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.51.25 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.49.24 AM.jpeg

 

Senyuman pemenang inda hilang dari bibir dalam perjalanan menuju ke luar entrance ICC untuk sesi penyerahan kunci kereta yang telah disampaikan oleh Tuan Syed Md Yassin. Happy nya meliat muka pemenang, mesti ia masih balum percaya dan rasa macam mimpi. Tahniah kepada pemenang!

Selepas sesi bergambar dan interview sama pemenang, selesai lah sudah acara Grand Draw bagi Letop Lebaran 2019 ani, syukur Alhamdulillah!

Suasana di dalam ICC masih balum reda, masih ramai yang membuat last minute shopping dan semua vendor-vendor pun banyak membuat banyak event-event seperti happy hour dan giving out free stuff.

Dengan itu, berakhirlah acara gilang-gemilang Letop Lebaran yang ke 4 ini.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang dan support event ani. Inda lupa jua kepada vendor-vendor, team crewtastic dan juga volunteers. We cannot do this without you!

We will be back with greater events in the future, In Sha’ Allah, please keep supporting us!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s