Pemenang kereta TIVOLI di Letop Lebaran 2019!

Alhamdullilah, Letop Lebaran kali ke-4 yang sudah pun selesai pada 1 Jun 2019. Acara yang meriah atu telah berlangsung selama 4 hari. Alhamdulillah jua, ani lah kali pertama saya berpeluang untuk mengikuti acara ani sebagai salah seorang dari team Crewtastic. Sebelum acara besar-besaran atu berlangsung, team Crewtastic sudah banyak buat preparation untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar, In Sha’ Allah.

Sehari sebelum acara berlangsung, team Crewtastic bersama-sama dengan volunteers sudah pun ada di ICC untuk membuat persediaan dan pemeriksaan terakhir. Saya melihat sendiri suasana kesibukkan vendor-vendor yang membuat persediaan di dalam dewan plenary. Walaupun di bulan puasa dan keadaan yang panas, semangat dorang inda luntur!

First day Letop Lebaran, hari yang dinantikan sudah tiba. Excited melihat banner-banner yang ada sepanjang perjalanan ke ICC. Team Crewtastic sudah pun berada di ICC seawal 9 pagi. Suasana kawasan letak kereta masih sunyi di awal pagi atu, “Confirm karang ramai and panuh ni”, saya berkata di dalam hati.

Briefing untuk semua team Crewtastic dan volunteers sudah siap dibentangkan, semua sudah bersedia dan bermulalah acara dengan rasminya pada pukul 10 pagi.

Bismillahirohmannirahim.

Siuk melihat muka gembira pengunjung-pengunjung yang singgah ke Letop Lebaran, ada yang datang dengan family, pasangan dan jua kawan-kawan. Setiap orang balik dengan barang belian di tangan. Pada waktu malam lagi tia ramai orang yang mengunjungi acara ani, apatah lagi selepas sungkai. Keadaan di dalam dewan plenary, kata orang “Sasak macam dalam tin sardin!”. Walaupun acara ditutup pada pukul 10 malam, masih banyak pengunjung yang masih menyampati untuk bershopping, luan banyak kan dibali usulnya.

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.54.03 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.53.27 AM.jpeg

Begitulah keadaan suasana meriah yang menghiasai ICC selama 4 hari, walaupun ngalih tapi kami bersyukur titik peluh kami inda sia-sia.

Pada 1 Jun, hari terakhir Letop Lebaran ada banyak aktiviti cabutan bertuah yang berlangsung. Bagi team Crewtastic, ani lah hari yang paling sibuk. Cabutan bagi pemenang Umrah dan cabutan bagi GRAND DRAW KERETA TIVOLI untuk kempen Akumanang.com diadakan pada malam ani! So excited!

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.56.05 AM.jpeg

Pukul 8.30 malam, masa yang paling dinantikan oleh pembeli-pembeli yang berjaya ter-shortlisted untuk Grand draw yang akan membawa pulang sebuah kereta baru TIVOLI. Akumanang.com adalah sebuah kempen pemasaran bagi membantu usahawan-usahawan tempatan agar berdaya saing dan berdaya tahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Kempen AkuManang.com ini berlangsung sepanjang tahun dan telah bermula semenjak Januari 2017.

Bediri di atas pentas ialah Tuan Syed Md Yassin, pengerusi untuk kempen Akumanang.com bersama dengan vendor-vendor Akumanang.com. Wah, ramainya orang meliat acara cabutan time atu. Sebelum cabutan dibuat, kesemua calon-calon pemenang sudah dihubungi untuk hadir.

Selepas siap vendor-vendor mengenalkan diri, acara cabutan pun bermula!

Acara dimulakan dengan mencabut 30 calon pemenang dari lucky draw box, 2 orang for setiap satu vendor akumanang. Dari 30 orang atu akan dicabut lagi 3 calon pemenang untuk memenangi kereta Ssangyong Tivoli. Calon-calon pemenang yang tidak berjaya juga inda akan pulang dengan tangan kosong, dorang akan menerima hadiah saguhati.

Antara 3 calon pemenang atu, hanya seorang yang akan memenangi kereta tersebut. Tuan Syed Md Yassin sudah mencabut untuk pemenang kedua dan ketiga. And finally…

Dup, dap, dup, dap.

“Dan pemenangnya ialah…Nurul Atiqah binti Mohammad!”, dewan plenary hall dipenuhi dengan tepukan dan sorakan dari ribuan pengunjung Letop Lebaran. Wah, Alhamdulillah, siuk eh! Muka gembira dan inda percaya terpancar dimuka pemenang.

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.51.25 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-06-19 at 11.49.24 AM.jpeg

 

Senyuman pemenang inda hilang dari bibir dalam perjalanan menuju ke luar entrance ICC untuk sesi penyerahan kunci kereta yang telah disampaikan oleh Tuan Syed Md Yassin. Happy nya meliat muka pemenang, mesti ia masih balum percaya dan rasa macam mimpi. Tahniah kepada pemenang!

Selepas sesi bergambar dan interview sama pemenang, selesai lah sudah acara Grand Draw bagi Letop Lebaran 2019 ani, syukur Alhamdulillah!

Suasana di dalam ICC masih balum reda, masih ramai yang membuat last minute shopping dan semua vendor-vendor pun banyak membuat banyak event-event seperti happy hour dan giving out free stuff.

Dengan itu, berakhirlah acara gilang-gemilang Letop Lebaran yang ke 4 ini.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang dan support event ani. Inda lupa jua kepada vendor-vendor, team crewtastic dan juga volunteers. We cannot do this without you!

We will be back with greater events in the future, In Sha’ Allah, please keep supporting us!

HOW TO WIN

REMEBER!!!

  1. Go to vendors,
  2. Purchase products or services from the vendor (T&C applies, varies from vendor to vendor)
  3. Fill in the special Black-White-Yellow form of AkuManang.com
  4. Make sure to have correct details and phone numbers in the form. (Also must be minimum 18 years old to eligible to win the prizes)
  5. Wait for the shortlisting by vendors (They might contact you to inform that you are shortlisted for the final LIVE draw)
  6. Watch LIVE from AkuManang every 7th of second month (March, May, July, September, November & During YES Letop in December)
  7. Immediately call our hotline 8394946 if you name is called during the live! (3 minutes! You got 3 minutes!!!!!)

For winning the GRAND DRAW,

  • AkuManang.com will shortlist 50-100 names (depending on the event) to be in the final drawing later in the evening of the shortlisting day
  • ONLY those who attending evening of the drawing will be fully eligible to win the prize. (REMEBER MUST BE 18 YR-OLD AND ABOVE)

#akumanang
#howtowin

AkuManang 2019 – 1st Meeting

Alhamdullillah!

AkuManang.com is now in its 3rd year!

In this 2019, we will bring you some returning vendors and new vendors for you to win more AWESOME prizes!!

AM19-meeting
Some of AkuManang Vendors of 2019 during the first meeting for 2019 campaign

The meeting was held on 30th January, introducing to each other on their business’ and exchanging each other’s tips on this campaign. The meeting concluded with how people can win the cash prizes bi-monthly, cars and holidays as the grand draw prizes, explanation and tips on how to campaign the AkuManang into their everyday business.

This years vendors are:

  • Battle Pro MMS
  • Mumtaz Collections
  • Kern & Hani Dream Wedding
  • Afeera BN
  • Uzma Choice
  • Fafikco Enterprise
  • CarPro Empire
  • HD Studio
  • Butik Delima Enterprise
  • Aidijuma
  • Paradigm Scholar Agency
  • Masamichi Studio
  • Amelia Boutique
  • Laily’s Bridal
  • Artz Production

Interested to be one of our vendor for this year’s campaign?

Contact our team at (673) 839-4946 or email us at info.akumanang@gmail.com for more information and appointments.

Want to be a winner with AkuManang.com?

Simply purchase or subscribe from one or more of our vendor and fill in our SPECIAL LUCKY DRAW FORM! Terms and conditions applied.

AKUMANANG BULAN JUNE

Pada 7 Julai 2017,

Akumanang mengadakan live bersama Pengerusi Akumanang.com & BattlePRO membuat liputan live bersama pemenang ASEAN DREAM TRIP iaitu Noor Ruzana bte Hj Jelani dan suaminya Mohd Arman bin Mohd Kifli melalui Skype di Phuket, Thailand.

SSAMLIVE

Tahniah kepada Tiga pemenang bertuah di bulan june: Cabutan Bulanan ke-enam

  1. Syed Abdul Muiz Bin Hj Syed (01-046204) yang memenangi Hadiah BND 250.00
  2. Hajah Noryasti Binti Ya’akub (01-050457) yang memenangi Hadiah BND 150.00
  3. Fatin Amalina Binti Hazman (01-068906) yang memenangi Hadiah BND 100.00

 

 

AKUMANANG DI LETOP LEBARAN

Pada 21hb Jun acara LETOP LEBARAN untuk 2017, acara persediaan HARI RAYA yang PALING GILANG-GEMILANG di Brunei Darussalam yang dinantikan ramai  dimulakan. Acara tersebut mempamerkan lebih daripada 130 Usahawan tempatan dan juga dari luar negara, pelbagai jualan makanan untuk bersungkai di sana, serta sembahyang Terawikh berjemaah. Antara 130 usahawan berikut termasuklah kesemua 19 usahawan akumanang!

Acara yang dikendalikan oleh Battle Pro Marketing & Manangement Services (Battle Pro MMS) juga menyediakan peluang untuk para pengunjung memenangi pelbagai hadiah yang disediakan oleh 19 usahawan yang menyertai kempen pemasaran AKUMANANG.COM, yang telah dijalankan sejak dari Januari tahun ini. Antara hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh pemenang-pemenang yang lalu adalah Hadiah Wang Tunai setiap bulan dan juga Pakej Percutian ASEAN DREAM HOLIDAY untuk 2 orang pada bulan April yang lalu yang dimenangi di Karnival Kembara Islam.

Untuk mengikuti AKUMANANG.COM, orang ramai hanya perlu membali barangan dari usahawan AKUMANANG.COM yang juga turut serta di acara yang gilang-gemilang ini, dan mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan oleh usahawan-usahawan AKUMANANG.COM. CALON-CALON PEMENANG berpeluang memenangi wang tunai dan SEORANG calon pememang bertuah bakal membawa balik sebuah kereta mewah BMW X1 semasa acara dilangsungkan.

AKUMANANG.COM adalah satu kempen pemasaran bersama atau berjemaah, dimana sejumlah 19 usahawan tempatan telah menyertai kempen tersebut setakat ini sejak Januari 2017. Tujuan kempen pemasaran ini adalah untuk membukakan peluang dan memulakan strategi pemasaran yang baru dalam meningkatkan lagi hasil secara berjemaah atau berkerjasama antara usahawan-usahawan.

Pada 21hb juga merupakan Cabutan Bertuah Bulanan bagi Bulan Mei. Cabutan bertuah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi AKUMANANG.COM, Syed Mohd Yassin bin Syed Anayatullah Shah. Pemenang-pemenang cabutan tersebut diwajibkan untuk menonton cabutan tersebut secara LIVE di Facebook dan perlu menghubungi Team AKUMANANG.COM untuk menang.

Tiga pemenang bagi Cabutan Bulanan bulan Mei bertuah adalah:

  1. Hajah Surayati Haji Mohamad (00-286901) yang memenangi Hadiah BND 250.00
  2. Nur Hidayatul Afifah Mohamad (01-096751) yang memenangi Hadiah BND 150.00
  3. Pg. Hj. Md. Fakhri bin Pg. Hj. Ahmad (00-294858) yang memenangi Hadiah BND 100.00

 

 

 

 

HARI YANG DINANTIKAN RAMAI AKHIRNYA TIBA

23hb Jun merupakan hari ketiga Letop Lebaran dan kesembilan belas usahawan AKUMANANG bertungkus-lumus untuk meningkatkan jualan mereka sambil menambahkan nilai kepada pelanggan mereka pada hari sebelumnya.

100 nama dicabut semasa shortlisting. Setiap nama penuh dengan harapan dari para pelanggan dan juga usahawan terhadap pelanggan setia mereka.

Hadiah-hadiah saguhati juga disumbangkan oleh semua 19 usahawan akumanang.com!

IMG_3428

Semasa Cabutan Bertuah Utama tersebut pada petang itu hanya 63 Calon Pemenang hadir ke acara tersebut yang disempurnakan sekali lagi oleh Pengerusi AKUMANANG.COM, Syed Mohd. Yassin bin Syed Anayatullah Shah.

 

10 nama lagi di senarai pendek dari 63 nama itu diacara tersebut dan setelah dicabut satu-persatu, pemenang bagi BMWX1 jatuh kepada NORHANISAH KAMIS.

Tahniah diucapkan kepada NORHANISAH KAMI kerana menjadi CALON PEMENANG PALING BERTUAH DI SYAWAL INI!

IMG_3662

Dengan ini, bakal bermula KEMPEN bagi Pakej Percutian untuk DUA ORANG: EURO DREAM TRIP dan Insya-Allah di bulan Julai kami akan membuka tirai kereta apakah KERETA MISTERI PADA PENGHUJUNG KEMPEN AKUMANANG.COM!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kempen AKUMANANG dan usahawan-usahawan yang menyertai, sila layari laman web AKUMANANG.COM

Sokongilah Usahawan Tempatan Kitani!

APRIL WINNERS CLAIMED THEIR PRIZES!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Alhamdulillah, kita sudah mendekati bulan Ramadhan yang akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi. Dengan kemenangan Calon Pemenang kami pada 7hb Mei,  ini mungkin REZEKI mereka menjelang bulan Ramadhan ini.

Dibawah adalah pemenang-pemenang kami bagi bulan April.

PEMENANG-PEMENANG APRIL KAMI

  1. Huzairi Abdullah (31-015940) memenangi BND250
  2. Radziahwati (00-120370) memenangi BND150
  3. Surita Taib (00-114121) memenangi BND100

Jangan Lupa!

Cabutan Bertuah Hadiah Utama Kedua akan berlangsung pada 23hb Jun 2017 pada
di LETOP LEBARAN!

SEBUAH KERETA BMW X1!

akumanang-website-images-02