Pada 21hb Jun acara LETOP LEBARAN untuk 2017, acara persediaan HARI RAYA yang PALING GILANG-GEMILANG di Brunei Darussalam yang dinantikan ramai dimulakan. Acara tersebut mempamerkan lebih daripada 130 Usahawan tempatan dan juga dari luar negara, pelbagai jualan makanan untuk bersungkai di sana, serta sembahyang Terawikh berjemaah. Antara 130 usahawan berikut termasuklah kesemua 19 usahawan akumanang!
Acara yang dikendalikan oleh Battle Pro Marketing & Manangement Services (Battle Pro MMS) juga menyediakan peluang untuk para pengunjung memenangi pelbagai hadiah yang disediakan oleh 19 usahawan yang menyertai kempen pemasaran AKUMANANG.COM, yang telah dijalankan sejak dari Januari tahun ini. Antara hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh pemenang-pemenang yang lalu adalah Hadiah Wang Tunai setiap bulan dan juga Pakej Percutian ASEAN DREAM HOLIDAY untuk 2 orang pada bulan April yang lalu yang dimenangi di Karnival Kembara Islam.
Untuk mengikuti AKUMANANG.COM, orang ramai hanya perlu membali barangan dari usahawan AKUMANANG.COM yang juga turut serta di acara yang gilang-gemilang ini, dan mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan oleh usahawan-usahawan AKUMANANG.COM. CALON-CALON PEMENANG berpeluang memenangi wang tunai dan SEORANG calon pememang bertuah bakal membawa balik sebuah kereta mewah BMW X1 semasa acara dilangsungkan.
AKUMANANG.COM adalah satu kempen pemasaran bersama atau berjemaah, dimana sejumlah 19 usahawan tempatan telah menyertai kempen tersebut setakat ini sejak Januari 2017. Tujuan kempen pemasaran ini adalah untuk membukakan peluang dan memulakan strategi pemasaran yang baru dalam meningkatkan lagi hasil secara berjemaah atau berkerjasama antara usahawan-usahawan.
Pada 21hb juga merupakan Cabutan Bertuah Bulanan bagi Bulan Mei. Cabutan bertuah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi AKUMANANG.COM, Syed Mohd Yassin bin Syed Anayatullah Shah. Pemenang-pemenang cabutan tersebut diwajibkan untuk menonton cabutan tersebut secara LIVE di Facebook dan perlu menghubungi Team AKUMANANG.COM untuk menang.
Tiga pemenang bagi Cabutan Bulanan bulan Mei bertuah adalah:
- Hajah Surayati Haji Mohamad (00-286901) yang memenangi Hadiah BND 250.00
- Nur Hidayatul Afifah Mohamad (01-096751) yang memenangi Hadiah BND 150.00
- Pg. Hj. Md. Fakhri bin Pg. Hj. Ahmad (00-294858) yang memenangi Hadiah BND 100.00
HARI YANG DINANTIKAN RAMAI AKHIRNYA TIBA
23hb Jun merupakan hari ketiga Letop Lebaran dan kesembilan belas usahawan AKUMANANG bertungkus-lumus untuk meningkatkan jualan mereka sambil menambahkan nilai kepada pelanggan mereka pada hari sebelumnya.
100 nama dicabut semasa shortlisting. Setiap nama penuh dengan harapan dari para pelanggan dan juga usahawan terhadap pelanggan setia mereka.
Hadiah-hadiah saguhati juga disumbangkan oleh semua 19 usahawan akumanang.com!
Semasa Cabutan Bertuah Utama tersebut pada petang itu hanya 63 Calon Pemenang hadir ke acara tersebut yang disempurnakan sekali lagi oleh Pengerusi AKUMANANG.COM, Syed Mohd. Yassin bin Syed Anayatullah Shah.
10 nama lagi di senarai pendek dari 63 nama itu diacara tersebut dan setelah dicabut satu-persatu, pemenang bagi BMWX1 jatuh kepada NORHANISAH KAMIS.
Tahniah diucapkan kepada NORHANISAH KAMI kerana menjadi CALON PEMENANG PALING BERTUAH DI SYAWAL INI!
Dengan ini, bakal bermula KEMPEN bagi Pakej Percutian untuk DUA ORANG: EURO DREAM TRIP dan Insya-Allah di bulan Julai kami akan membuka tirai kereta apakah KERETA MISTERI PADA PENGHUJUNG KEMPEN AKUMANANG.COM!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kempen AKUMANANG dan usahawan-usahawan yang menyertai, sila layari laman web AKUMANANG.COM
Sokongilah Usahawan Tempatan Kitani!